ABJAD MALAYSIA

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENGERUSI CAWANGAN


C

Status: Offline
Posts: 29
Date:
RE: PENGERUSI CAWANGAN


Gerak Seni Silat Abjad yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani adalah sebagai ganti nama kepada nama asal ilmu dan amalan yang diterima daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali dan menerima latihan daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman Jabat.Adapun sebab beliau memperkenalkan di atas Gerak Seni Silat Abjad ini mengikut cerita isterinya ialah kerana pada masa itu beliau melihat sendiri akan kedudukan umat melayu islam terumbang ambing mencari perlindungan setelah negara menghadapi kelompok perkauman hasil percatuan parti, politik, pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan masyarakat dan orang perseorangan berlaku pertumpahan darah yang dikenali peristiwa 13 / 5 / 1969 (13 Mei), ketika itu lahirlah berbagai-bagai ajaran syirik, khurafat dan bidah berlaku berleluasa dalam masyarakat umat melayu.Ketika itu dan ketahui olehmu serta insaf baik-baik bahawa tiada perkara yang lebih besar daripada bahaya kufur melainkan bahaya bidah yang dilaknat oleh Allah akan orang-orang yang berbuat akan dia.Seperti mana sabda Nabi S.A.W.



Maksudnya :

Barangsiapa mengada-ngadakan sesuatu pekerjaan yang tiada ia daripada agama, maka Allah S.W.T. melaknat keatasnya.

Maka melihatlah oleh saya ketika itu berbagai-bagai ragam ilmu, amalan wirid, jampian yang diada-adakan yang tiada pada asal agama, sebab menyangka mereka itu dengan jahilnya bahawa memberi bekas yang lain daripada Allah taala dengan waham dan khayal yang fasiq, dengan istidraj Allah tala akan mereka itu bahawa memberi manfaat akan dia supaya mencapai kehendak mereka itu akan perkara mencarik adat di dalam perkara agama bagi mereka itu, antara perkara-perkara yang diada-adakan ialah umpama lahirnya beberapa kumpulan yang mengadakan kaedah atau petua mengikut logic akal antaranya :

i . mengadakan petua atau satu kaedah bersumpah atau mubaiah bertujuan mencari kekuatan atau hikmah yang mencarik adat.

ii. Mengadakan petua atau kaedah yang besrtakan pantang larang menepati hukum syara harus atau haram.

iii. Mengadakan petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan sesuatu perkara hikmah atau mencarik adat luar biasa.

iv. Mengadakan petua ataukaedah yang mesti berpegang kepada ayat, wirid, jampian doa, azimat, tangkal, dan lain-lain yangzahir semata-mata atau berpegang kepada mana-mana itiqad Qadarih, Jabariah atau Mutazilah.

v. Mengadakan yang tiada tahu akan asal usulnya dari mana, di mana dan ke mana.

Menyedari betapa gemarnya kehendak umat melayu kepada kekuatan dan kebenaran Islam itu sendiri sepertimana firman Allah taala :



Mafhumnya :
Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasullullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. (Al-Hasyar ayat 7)

Gerak Seni Silat Abjad diperkenalkan adalah sebagai ganti nama kepada Amalan Pusaka Wali Khalifah Agama Islam yang diwarisi daripada gurunya Sheikh Yusuf Al-Kenali Al-Kelantani serta menerima latihan ilmu rahsia, petua hikmah, hulubalang khalifah daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat yang berwasilah rabitah kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu yang sampai kepada hakikat tauhid serta yang sah itiqadnya dan muafakat pula itiqadnya itu bagi ahli sunnah wal jamaah dan berjalan pada zahirnya dengan syariat yakni muafakat pada zahir dengan syariat Muhammadiah dan batin pula dengan tariqat Ahmadiah (yang dikehendaki di sini ialah perjalanan yang mengikut perjalanan yang bercontoh dengan nabi Muhammad S.A.W.) hingga merdeka ia daripada segala yang lain daripada Allah dan kepada Allah taala jua.

Adapun bagi setiap mereka yang bersilat itu ataupun bagi Gerak Seni Silat Abjad yang menerima talqin ucapan dua kalimah syahadah serta memfardhukan Islam keatas dirinya untuk memelihara segala anggotanya pada gerak dan diam barang yang diantaranya dan di antara suruhan Allah tala.

Maka lahirlah kekuatan keatas dirinya bagi menjaga maruah agama, diri, keturunan, harta benda dan tanah air.

Maka bagi setiap silat hendaklah ia tolak atau buang akan lima perkara yang telah disebut terdahulunya dan menegakkan lima perkara iaitu :

i . Iman yang teguh serta beradab mukmin.

ii. Sejahtera diri, Keluarga, masyarakat dan tanah air.

iii. Melazimkan ihsan di setiap tempat, waktu dan masa.

iv. Menjadi umat yang diterima.

v. Mati dalam kebajikan (husnul khatimah)

Dan hendaklah ia melazimkan akan lima perkara :

i . Membuat kaifiat adab sebelum melaksanakan apa-apa kerja atau amalan atau latihan.

ii. Mengambil langkah sunnah atau langkahan hulubalang mempertahankan diri.

iii. Membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat atau apa-apa zikir, wirid yang telah disusun oleh ulama muktabar yang ahli pada babnya sebagai zikir taqarrub.

iv. Membaca Al-Fatihah hadiah sebagai tabarruk.

v. Menghadiri majlis pengajian agama Islam dengan rupa mengjar, belajar, mendengar, bermuzakarah, mutalaah, murajaah dengan mereka yang ahli pada babnya sekira-kira ada masalah yang dihadapi atau di musykili.



__________________


E

Status: Offline
Posts: 1
Date:

admin wrote:

UST MOHAMAD ITHNIN
019-4287878



ASALAMUALAIKUM USTAD.SAYA AHLI BARU.SAYA NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ABJAD NI.BOLEH USTAD BAGI BRIEFING SIKIT.
TERIMA KASIH.



__________________


E

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Assalammualaikum.. Ustaz

Saya ni dah lama dengar tentang abjad ni dan kini terasa ingin untuk mempelajarinya. Sebelum itu saya nak tahu serba sedikit tentang abjad ni. Abjad ni adakah seperti silat2 lain yang ada gerak tari dan buah pukulannya ataupun jurus. Bagaimana ingin mempelajarinya, berapa maharnya, dan apakah syaratnya. Bolehkah saya mempelajarinya jika saya sebelum ini ada berguru dengan perguruan lain. Jika semua persoalan diatas hanya akan di beritahu setelah berjumpa dengan guru harap maafkan saya kerana tidak tahu adat. Di kawasan saya iaitu Bukit Mertajam dimana gelanggang abjad dan dimana saya boleh berjumpa dengan guru. No tel. Ustaz ada saya simpan tapi saja saya reply topik ini untuk mendapat respon Ustaz dulu. Harap maafkan saya sekali lagi jika saya terlalu banyak soal. Sekian terima kasih.


__________________


C

Status: Offline
Posts: 29
Date:

UST MOHAMAD ITHNIN
019-4287878

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard