Agama Islam ialah satu agama khusus daripada Allah SWT yang diturunkan kepada seluruh manusia daripada Adam sampai qiamat, melalui Nabi-Nabi, Rasul-Rasul dengan disertai kitab panduan.
Ianya bukanlah agama ciptaan kebijaksanaan pemikiran manusia, apabila sampai kepada nabi yang akhir Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam itu dikembangkan melalui ucapan dua kalimah syahadah sebagai batas perbezaan diantara orang yang sudah menerima dan beramal dengan Agama Islam dengan orang yang tidak menerima dan beramal dengan Agama Islam. Agama Islam itulah agama yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. iaitu agama yang diredhoi oleh Allah s.w.t. Maka pengertian perkataan Islam itu ialah; menyerah diri dan menurut perintah.
Rukun Islam
Rukun Islam itu lima perkara.
1.Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2.Solat Sehari Semalam Diwaktu Yang Lima
3.Mengeluarkan Zakat Dan Fitrah
4.Berpuasa Dibulan Ramadhan
5.Mengerjakan Haji Dan Umrah Ke Baitullahil Haram.