SALINAN PERKATAAN ALMARHUM AYAHANDA TUAN GURU HJ.MAHMUD NASRI OTHMANI MENGENAI ILMU AL-SYATAR DAN CARA MENCAPAI DARJAT WALI BERTARIKH 17 RABIUL AWAL 1388H
Iaitu Pada Masa Nama Wali Sebelum Nama Nabi, Sebelum Nama Rasul. Kata Rasulullah Maka Ilmu Syatar Yang Diturunkan Pada Hati Aku Ini Mentahkikkan Aku Pada Ilmu Aku Mengenai Hakikat Al Hakikat Al Haqoaq Dan Hakikat Al Asbaq [Hakikat Segala Perkara Yang Maujud Hadith Samaada Ia Baharu Atau Qadim Dan Juga Wujud Hakiki Daripada Masa Azali Hingga Beberapa Masa Yang Panjang Ke Hadapan.
Maka Dikata Ulama Hujatul Muhaqiqin Bahawasanya Mereka Yang Berkehendakkan Menuntuti Maqam Wali Yang Ali Lagi Azom Disisi Allah Swt Itu Hendaklah Berusaha Melalui Al Syatar Iaitu Ilmu Yang Dicampakkan Atau Yang Dipertaruhkan Kepada Hati Sanubari Tiap-Tiap Mereka Yang Dipilih Khas Oleh Allah Sebagaimana Ia Pertaruhkan Ke Dalam Hati Sanubari Adam Alaihissalam Seperti Mafhum Firmannya
Terakhir Ertinya Allah Telah Mengajar Adam Nama-Nama Tiap-Tiap Benda Itu`. Ilmu Ini Tangga Pertama Bagi Tiap-Tiap Nabi [Puncak Yang Tinggi Bagi Darjat Wali Dan Permulaan Darjat Nabi] Tangga Keenam Bagi Menuntuti Darjat Iman. [Tangga Bagi Manusia Biasa Yang Menuntuti Darjat Iman Yang Kamil Mukamil].
Adapun Tangga Pertama Kedua Dan Ketiga Itu Bagi Nabi Dan Bagi Rasul. [Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Iman Jamu Al Jamu Iman Lailatul Mikraj] Tangga Yang Pertama Itu.
[Iman Al Makhda Al Makhda Al Makhda] Darjat Iman Yang Keenam Ialah Tangga Wali Ali Lagi Azom. [As-Sidiquun]
Maka Menuntuti Wali Itu Daripada Tangga Pertama Hingga Keenam Dan Ketujuh Kesempurnaan Bagi Wali Itu Darjat Imannya. Tangga Keenam Pada Bab Iman Dengan Itu Tahkiklah Segala Wali Itu Dengan Ilmu Dan Makrifatnya Akan Haqiqah Al-Haqiqatul Haqaiq Dan Haqiqatul Al Ashya Dengan Sekira-Kiranya Wali Dan Mertabatnya.
Maka Mereka Yang Menuntuti Menjadi Wali Pada Zahir Dan Batin Itu Hendaklah Melazimkan Dengan Babnya Supaya Tiada Mardud [Tiada Rasukan] Tiada Bersusah Payah Dengan Ilmu Dan Amal Yang Banyak Dan Jauh-Jauh.
1. Mengaku Menjadi Murid Syeikh Wali Yang Ali Lagi Azim.
2. Mempernamakan Dirinya Pada Zahir Dan Batin Dengan Nama Syeikhnya Seumpama Oleh Syeikh Abdul Razak [ Syeikh Yusuf] Anak Sulung Bagi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Dengan Nama Baginya Dengan Cara Demikian Jadilah Dia Menerima Pusaka Wali Agama Islam Diatas Makna Sekeliannya Juzuknya Pada Zahir Dan Batin Daripada Bapanya. Kemudian Dikuburkan Bapanya 3 Hari Iaitu Dia Pergi Pada Hujung Kaki Bapanya Serta Memberi Salam Dan Menuntuti Pusaka Itu Daripada Bapanya.
3. Maka Menjawab Oleh Bapanya, Hendaklah Kamu Berhenti Seberapa Masa Kerana Mengambil Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku. Maka Aku Pohonkan Kepada Allah Mengurniakan Pusaka Wali Agama Islam Itu Kepada Engkau Diatas Makna Sekeliannya Dan Juzuk-Juzuknya Selapis Ke Selapisan Hingga Hari Qiamat. Dan Hendaklah Melazimi Pada Bab Aku Berkhlawat Dengan Menuntuti Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku. Aku Wasiat Akan Dikau Bahawa Hendaklah Engkau Menyampaikan Kepada Tiap-Tiap Mereka Yang Hendak Mengambil Pusaka Wali Agama Islam Daripada Aku Hendaklah Melazimkan Bab Khlawat Pada Bab Aku Mengaku Murid Bagi Aku Hingga Seberapa Banyak Dosa Dan Kesalahan Sekalipun Nescaya Aku Menerima Akan Dia.
Maka Setengah Daripada Adab Melazimkan Pada Bab Aku Hendaklah Berhadap Kiblat Mengucap Dua Kalimah Syahadat Bebrapa Kali Pohon Menerima Iman Islam Ihsan Daripada Allah.
Beralih Ke Pihak Masyrik, Mengucap Syahadat Beberapa Kali, Pohon Menerima Segala Rezeki Rohani Jasmani, Banyak Dan Seberapa Banyak Mudah Dan Seberapa Mudah., Luas Dan Seberapa Luas Daripada Segala Pihak Alam Allah Dengan Tiada Galangan Dan Halangan.
Beralih Semula Ke Pihak Maghrib Mengucap Syahadat Beberapa Kali, Pohonkan Ibu Terima, Bapa Terima, Aku Terima [Syeikh Muhiyydin], Allah Dan Rasul Terima, Kemudian Pohonlah Apa-Apa Hajat Daripada Allah Dengan Berkata Aku Sekira-Kira Pada Pandanganmu Bahawa Aku Pada Pihak Kanan Atau Hadapanmu Di Al Pabatul Arasil Alazim. Rasulullah Dihadapan Aku, Nabi Allah Khidir Dan Mereka Yang Menjadi Murid Bersama-Sama Denganmu Atau Dibelakangmu. Atas Nama Aku Pada Zahir Dan Batin. Kemudian Hilangkan Sekeliannya Itu Pada Ahadiah Allah. Dan Kekalkanlah Diatas Kelakuan Itu Selama-Lamanya Diantara Aku Dan Rasulullah Itu Seperti Mana Antara Mata Putih Dan Mata Hitam. Maka Adab Dengan Murid Sepeti Tersebutlah Boleh Mencapai Darjat Wali Yang Istiqamah Dan Nyata Beberapa Keramat Dan Kelebihan Yang Menyamai Mukjizat Rasulullah S.A.W.
Adapun Menuntuti Wali Dengan Jalan Berusaha Membanyakkan Ibadat Yang Sunat Seperti Sembahyang, Sunat Rawatib Dan Seumpamanya Dan Juag Memperbanyak Serta Menperluaskan Ilmu Fardu Kifayah Itu Walhal Dengan Tidak Melazimkan Bab Tersebut Hanya Ibadat Dan Ilmu Inilah Sahaja Atau Terus Maju Ke Dalam Istiraj Daripada Allah. Dan Mereka Yang Beribadat Sedikit Atau Banyak, Sedikit Ilmu Atau Banyak Ilmu Tetapi Melazimkan Bab Guru Wali Seperti Tersebut Nescaya Dapat Jadi Wali Dengan Kemudahan. Terlindung Daripada Pandangan Awam Dan Ahli-Ahli Ilmu Bersembang Dengan Banyak Ilmu Dan Amal. Dan Menggantikan Guru Yang Wali Itu Pada Menyertakan Alam Allah Sekira-Kira Ketinggian Maqam Walinya Disisi Allah Dengan Limpah Kurnia Daripada Allah Atas Tangan Syeikhnya Yang Wali Itu. Dan Segala Batang Tengkok Mereka Yang Bersembang Dengan Banyak Beribadat Dan Banyak Ilmu Dan Juga Mereka Yang Lain Itu Dibawah Tumit Syeikhnya Yang Wali Ialah Dibawah Tumitnya. Tidaklah Naik Mertabat Wali Umpama Syeikhnya Atau Umpama Dirinya Nisbah Mereka Dengan Dirinya Atau Dengan Syeikhnya Itu Hanya Khadam Atau Qalam Dengan Tuannya Sahaja. Maka Memadailah Bagi Kami Dan Bagi Kamu Dengan Ini
[ Faedah Panduan Dan Huraian] Wallah Hu Alam
SAYA TERIMA DARIPADA PAK NGAH PADA TAHUN 1997 - UNTUK TATAPAN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN.