Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah iaitu.
Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah yang sebenarnya melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu sebenarnya pesuruh Allah.
Hendaklah disertakan dengan mengucap dua kalimah syahadah itu membenarkan dengan hati bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya Rasullullah. Pesuruh yang diutuskan oleh Allah kepada sekalian alam ini.
Maka kalimah syahadah itu, terkandung ia dua kalimah syahadah iaitu kepercayaan kepada ketuhanan yang sebenar ialah Allah SWT dan kepercayaan kepada Rasullullah s.a.w yang sebenar ialah pesuruh Allah SWT.
Sehubungan dengan itu bagi setiap seseorang yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah, adalah memberi pengakuan akan adanya Tuhan yang sebenar iaitu Allah dan memberi pengakuan bahawa sebenarnya Allah Taala telah mengutuskan Rasulnya kepada sekalian alam ini, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila seorang kafir mengucap akan dua kalimah syahadah serta dengan kepercayaan didalam hatinya, maka jadilah ia seorang Islam dimana atas kerelaannya sendiri memfardhukan Islam atas dirinya dan ketika itu terpeliharalah Agama Islam, diri, harta benda dan nyawanya sepertimana orang-orang Islam yang lain.
Rukun Syahadah
Rukun Shahadah itu ialah empat perkara: -
Mengisbatkan zat Allah
Mengisbatkan sifat Allah
Mengisbatkan perbuatan Allah
Mengisbatkan kebenaran Nabi Muhammad Rasullullah saw, iaitu kebenaran Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan apa jua yang dibawa dan disampaikan kepada manusia melalui perkataannya dan perbuatannya itu adalah wahyu daripada Allah s.w.t.
Dengan itu perlu kita nafikan dan menolak bersungguh-sungguh, bahawasanya bukanlah penjelmaan Allah didalam alam, sepertimana Iqtiqad Yahudi dan Kristian (Iqtiqad Mulhaid) dan bukanlah Zat Allah itu menjelma pada mana-mana tempat didalam diri mereka, bersatu dengan roh mereka yang dinamakan wahdatul wujud dalam iqtiqad atau tanasiqul arwah.
Syarat-Syarat Sah Syahadah
1. Diketahui dan dikenal dengan sebenar-benarnya, kalimah itu
kalimah syahadah yang memberi pengerian makna dan maksud mentauhidkan zat Allah, sifat Allah, perbuatan Allah yang hakiki, yang wajib diabdikan seluruh diri dengan sebenar-benarnya dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah kepada seluruh manusia dan jin.
2. Menzahirkan kalimah ikrar itu dengan lidah bagimereka yang berkuasa.
3. Mentasdiqkan dengan hati ~ Segera menzahirkanperlaksanaan segala perintah dengan anggota jawarih.
Perkara Yang Membatalkan Syahadah
Menduakan Allah atau menyamakan akan dia degan sesuatu.
Syak hati akan ketuhanan yang lain daripada Allah s.w.t.
Menolak atau menyangkal diri dan alam ini dijadikan Allah s.w.t.
Tiada mengisbatkan diri dan alam ini hamba Allah s.w.t.