ABJAD MALAYSIA

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: IKTIKAF YANG BETUL


D

Status: Offline
Posts: 10
Date:
IKTIKAF YANG BETUL


confusedSoalan: Boleh ustaz jelaskan yg manakah cara iktikaf yg betul seperti dibawah ini:
i) tidur & niat iktikaf dimasjid/surau dan bangun malam hari untuk solat dan ibadat lain.
ii) atau tidur di rumah dan bangun pukul 3.00- 4.00 pagi dan pergi ke masjid/surau utk solat dan ibadat lain.

Jawapan ;blankstare

Iktikaf adalah ibadah yang disunatkan dengan sepakat ulamak. Lebih disunatkan lagi pada bulan Ramadhan terutamanya di sepuluh hari terakhir (hukumnya sunat muakkad). Iktikaf harus pada bila-bila masa sama ada siang atau malam, tidak semesti pada malam hari. Yang dikatakan iktikaf itu ialah; tinggal atau duduk di dalam masjid dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sepanjang iktikaf disunatkan beribadah kepada Allah sama ada melakukan solat, membaca al-Quran, berzikir dan menuntut ilmu.

Merujuk kepada soalan saudara, kedua-duanya adalah harus. Namun jika dilihat kepada pahala iktikaf, lebih lama masa yang kita peruntukkan untuk iktikaf maka lebih banyak pahala yang kita akan dapat. Oleh itu, dari sudut kelebihan ibadah; cara pertama lah yang lebih baik, yakni kita beriktikaf bermula dari awal malam (iaitu tidur di masjid dengan niat iktikaf) kemudian bangun beribadah apabila tiba tengah malam. Dan jika saudara hendak tidur dahulu di rumah, kemudian bila tiba tengah malam (jam 3 atau 4 pagi) baru saudara ke masjid untuk beriktikaf dan mengerjakan solat malam (Qiyamullail) itu juga harus dan pahala iktikaf bermula dari saat saudara memasuki masjid dan berniat iktikaf.

Antara hadis yang boleh menjadi rujukan mengenai iktikaf;

1. Dari Saidatina Aisyah r.a. menceritakan; Adalah Nabi s.a.w. jika ingin beriktikaf, beliau akan menunaikan solat subuh, kemudian masuk ke tempat iktikafnya. (Riwayat Imam at-Tirmizi). Dalam riwayat Imam Muslim, juga dari Saidatina Aisyah r.a.; Nabi s.a.w. beriktikaf di bulan Ramadhan di mana setelah menunaikan solat subuh, beliau akan duduk ditempat iktikafnya. Hadis ini menunjukkan iktikaf Nabi s.a.w. di siang hari.

2. Ibnu Umar r.a. menceritakan; Umar telah bertanya Nabi s.a.w.; Aku telah bernazar pada masa jahiliyah untuk beriktikaf pada satu malam di Masjid Haram. Nabi berkata kepadanya; Penuhilah nazar kamu itu. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan keharusan beriktikaf di malam hari kerana Rasulullah memerintahkan Umar agar menunaikan nazarnya untuk beriktikaf di malam hari.

Wallahu alam.

Rujukan;yawn

1. Dalail al-Ahkam, Baha-uddin Ibnu Syaddad, jil. 1, hlm. 639-644.
2. At-Tahzib, Imam al-Baghawi, jil. 3, hlm. 223.
3. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 8, Kitab al-Itikaf dan Kitab al-Aiman Wa an- Nuzur (Bab Nazr al-Kafir)


__________________
zzzzzzz
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard