Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari sebanyak 11 kali. Daripada enam orang isterinya beliau melahirkan zuriat yang sangat ramai.
Mulai dari anak beliau sendiri, cucu hingga zuriat yang di bawahnya, sangat penting diperkenalkan untuk melanjutkan dakwah dan pendidikan yang berasal daripadanya. Sebagai berikut dipetik daripada tulisan Syeikh Abdur Rahman Siddiq.
Melalui isterinya Tuan Bajut menurunkan ulama-ulama seperti; Syeikh Muhammad Arsyad mendapat puteri yang pertama perempuan bernama Syarifah, yang kahwin pertama kali dengan Usman mendapat anak bernama Muhammad Asad.
Perkahwinan Syarifah yang kedua kalinya dengan Alimul Allamah Syeikh Abdul Wahab Bugis mendapat puteri bernama Fathimah.
Tatkala baligh, Muhammad Asad dan Fathimah diajar oleh datuk mereka, Sheikh Muhammad Arsyad tentang ilmu-ilmu Arabiah. Kedua-dua cucunya menjadi ulama sebelum lahirnya putera-putera beliau.
Muhammad Asad mengajar kaum lelaki sedang Fathimah mengajar kaum perempuan. Muhammad Asad inilah permulaan Mufti Kerajaan Sultan Martapura. Beliau memperoleh putera menjadi ulama, iaitu: Alimul-Allamah Haji Abu Thalhah, Alimul-Allamah Haji Abu Hamid, Alimul-Allamah Haji Ahmad, Alimul-Allamah Mufti Haji M.Arsyad dan Alimul-Allamah Haji Saadud-din.
Selanjutnya Syeikh Abdur Rahman Shiddiq menulis: Fathimah menuntut ilmu dengan saudaranya Mufti Muhammad Asad kepada datuknya Maulana Asy-Sheikh Muhammad Arsyad. Keduanya mendapat sekalian ilmu Arabiah, ilmu tafsir, hadis, usuluddin, fiqh dan lain-lain.
Dia menjadi guru perempuan, menterjemah satu kitab Melayu bicara Fiqhi. Dinamakan Perukunan Besar dicetak di Mathbaah Makkatul Musyarrafah. Juga dinamakan Perukunan Jamaluddin, atas nama pakciknya. Fathimah kahwin dengan Haji Muhammad Said Bugis, keluarga Alimul Allamah Haji Abdul Wahab.
Melalui isterinya yang kedua Tuan Baiduri menurunkan ulama-ulama: Alimul Allamah Kadi Haji Abu Suud, Alimul Allamah Kadi Haji Abu Naim dan Alimul Allamah Kadi Haji Syihabuddin.
Alimul Allamah Kadi Haji Abu Suud bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari (no. 1), beliau mewarisi ilmu secara langsung dari ayahnya. Beliau adalah kadi yang pertama di Banjar dan juga seorang pahlawan. Hasil perkahwinannya dengan Aminah memperoleh seorang ulama Haji Muhammad Said Jazuli. Sewaktu pulang dari haji, kahwin lagi di Kedah dan memperoleh seorang putera, bernama Masud.
Alimul Allamah Kadi Haji Abu Naim bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari mewarisi ilmu langsung dari ayahnya juga. Ia menjadi kadi yang kedua di Banjar.
Alimul Allamah Haji Syihabuddin bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari juga mewarisi ilmu daripada ayahnya. Di Mekah beliau belajar daripada Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan juga kepada Sheikh Ahmad al-Marzuqi. Sheikh Syihabuddin adalah seorang Khalifah Mufti dan kadi.
Beberapa keturunannya menjadi ulama. Antaranya Alimul Allamah Mufti Haji Abdul Jalil dan Alimul Allamah Haji Asad Fakhruddin.
Tahun 1258 H/ 1814 M, Raja-Raja Riau di Pulau Penyengat Indera Sakti minta kesediaannya menjadi guru di Kerajaan Riau.
Melalui isterinya yang ketiga Tuan Lipur menurunkan ulama: Alimul Allamah Haji Abdullah (wafat di Madinah) dan Alimul Allamah Fadhil Abdur Rahim. Pergi haji dengan kapal layar, kapalnya pecah dan beliau wafat.
Melalui isterinya yang keempat Tuan Guat menurunkan ulama-ulama: Alimul Allamah Khalifah Hasanuddin, Alimul Allamah Khalifah Haji Zainuddin dan Alimul Allamah Mufti Haji Jamaluddin.
Putera-putara Alimul Alamah Khalifah Hasanuddin yang menjadi ulama ialah Alimul Allamah Mufti Haji Muhd. Khald dan Alimul Fadhil Haji Muhd. Qaim.
Alimul Allamah Mufti Haji Jamaluddin bin Syeikh Muhd Arsyad al Banjari (no 3) pula memperolehi zuriat yang turut menjadi ulama. Mereka ialah Alimul Allamah Mufti Haji Muhd. Husein; Alimul Fadhil Kadi Haji Muhd. Amin; Alimul Allamah Kadi Haji Abdush Shamad dan Alimul Allamah Haji Muhd. Thasin.
Melalui isteri kelima, Ratu Aminah binti Pangeran Thaha bin Sultan Tahmidullah menurunkan ulama: Alimul Allamah Mufti Haji Ahmad. Di masa hidupnya terkenal dengan sebutan Pangeran Ahmad. Mempunyai ilmu pengetahuan dari ayahnya. Ilmu-ilmu khusus yang dikuasainya ilmu alat (Arabiah); Falakiyah: Geografi (Ilmu Bumi) dan lain-lain. Ia menurunkan ulama-ulama: Alimul Fadhil Haji Muhd. Said Khatib; Alimul Fadhil Haji Muhd. Hassan.
Jumlah putera dan puteri Sheikh Muhd. Arsyad bin Abdullah al Banjari ialah 30 orang. Isterinya 11 orang, iaitu selain disebutkan di atas ada lagi isteri beliau, iaitu: Tuan Kadarmanik, Tuan Markidah, Tuan Liuh, Tuan Dai dan Tuan Palung.
Sheikh Abdur Rahman Shiddiq menyebut bahawa zuriat Sheikh Muhd. Arsyad bin Abdullah al Banjari berpangkat Mufti ialah 10 orang, yang berpangkat Kadi juga 10 orang.
Anak yang menjadi Mufti
1. Alimul Allamah Haji Jamaluddin bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari.
2. Alimul Allamah Haji Ahmad bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari.
3. Alimul Allamah Haji Muhd. As'ad bin Usman.
Beliau ialah mufti yang pertama di Kerajaan Banjar.
4. Alimul Allamah Haji Muhd. Arsyad bin Mufti Haji Muhd. Asad (no .3)
5. Alimul Allamah Haji Syihabuddin.
Dari no. 1 sampai ke no. 5 adalah di zaman pemerintahan Sultan Banjar. Sementara, yang di bawah ini (No 6 sampai No 10) di zaman Belanda, iaitu:
6. Alimul Allamah Haji Muhd Khalid bin Allamah Hasanuddin bin Sheikh Muhd. Arsyad al Banjari.
7. Alimul Allamah Haji Muhd. Nur bin Alimul Allamah Kadi Haji Mahmud.
8. Alimul Allamah Haji Muhd. Husein bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari.
9. Alimul Allamah Haji Jamaluddin bin Haji Abdul Hamid.
10. Syeikh Abdur Rahman Shiddiq bin Haji Muhd. Afif bin Alimul Allamah Kadi Abu Naim bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari.
Adapun yang berpangkat Kadi, iaitu:
1. Alimul Allamah Abu Su'ud bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari.
2. Alimul Allamah Abu Naim Bin Syeikh Muhd. Arsyad al Banjari.
3. Alimul Allamah Haji Mahmud bin Haji Muhammad Yassin.
Dari no. 1 sampai no. 3 menjadi Kadi di zaman pemerintahan Sultan Banjar, dan di bawah dari no. 4 sampai no. 11 di zaman Belanda iaitu:
4. Alimul Allamah Haji Muhd Amin bin Mufti Haji Jamaluddin bin Sheikh Muhd. Arsyad al Banjari.
5. Alimul Fadhil Haji Muhd. Ali al Junaidi bin Kadi Haji Muhd. Amin (no 4)
6. Alimul Allamah Haji Muhd. Said al Jazuli bin Kadi Haji Suud (no 1)
7. Alimul Allamah Haji Muhd. Amin bin Kadi Haji Mahmud (no 3)
8. Alimul Allamah Haji Abdush Shamad bin Mufti Haji Jamaluddin bin Sheikh Muhd. Arsyad al Banjari.
9. Alimul Allamah Haji Muhd. Jafri bin Kadi Haji Abdush Shamad (no 8)
10. Alimul Fadhil Kadi Haji Bajuri.
11. Alimul Fadhil Haji Muhd. Asad bin Mufti Haji Muhd. Nur bin Kadi Haji Mahmud.
Sebagai tambahan yang menjadi Kadi keturunan beliau pula ialah:
12. Haji Ibrahim bin Mufti Haji Jamaluddin.
13. Haji Abu Thalhah bin Kadi Haji Abdus Samad
14. Haji Muhammad Thayib bin Haji Muhammad Qasim.
15. Haji Muhammad bin Haji Muhammad Qasim.
16. Haji Zainal bin Lebai Darun.
17. Haji Abdur Rahman bin Kadhi Haji Muhammad Said.
18. Haji Qasim bin Mumin.
19. Haji Muhammad Said bin Mumin.
20. Haji Muhammad Arsyad bin Kadi Haji Abdur Rahman.
21. Haji Hassan bin Mufti Haji Muhammad Said.
22. Haji Abdur Rauf.
23. Haji Abdul Jalil bin Kadi Haji Muhammad Arsyad.
24. Haji Ahmad bin Abu Naim.
25. Haji Muhammad Arsyad bin Kadi Haji Abdur Rauf.
Mungkin masih banyak lagi yang belum diketahui. Maklumat di atas berasal dari karangan Sheikh Abdur Rahman Shiddiq dalam Syajaratul Arsyadiah halaman 73-74 yang telah diedit oleh penulis. Kecuali tambahan adalah dipetik daripada pelbagai buku, yang terakhir ialah buku Sejarah Kerajaan Banjar karangan Kiai Haji Jumri bin Haji Roys, lihat halaman 56 sampai halaman 58.
Berdasarkan buku itu pengarang adalah keturunan Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al Banjari dan Sheikh Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al Banjari tersebut.
Setelah penulis menemui banyak orang di lingkungan keturunan beliau dan mentelaah berbagai-bagai buku tentang beliau dan Banjar, maka ada lima orang keturunan beliau yang menjadi Mufti dan 16 yang menjadi kadi sebagai tambahan daripada yang disebut oleh Sheikh Abdur Rahman Shiddiq tersebut. Tambahan yang menjadi Mufti ialah; Haji Muhammad Hussein bin Mufti Haji Jamaluddin, Haji Abdul Jalil bin Mufti Haji Syihabuddin, Haji Muhammad Yunan bin Mufti Haji Muhammad Amin, Haji Said bin Haji Abdur Rahman dan Haji Mukhtar bin Kadi Haji Hassan.
Mungkin banyak yang belum penulis ketahui kerana belum mendapat keterangan yang jelas dari buku-buku ataupun keturunan beliau. Oleh itu, kajian tentang ulama ini perlukan lagi penyelidikan terus menerus dari kita semua agar dapat menemui kesahihan salasilah tersebut.