Harus bagi Allah melakukan atau tidak melalukan sebarang kemungkinan umpama harus bagi Allah menjadikan langit, bumi, matahari, bulan, bintang dan sebagainya serta harus bagi Allah tiada menjadikannya, maka tidak wajib Allah memperbuatkan sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan, bahkan semuanya harus pada hak Allah Taala.
Dua puluh sifat yang tersebut yang wajib bagi Allah terkandunglah didalam dua sifat kesempurnaan.
Pertama: Istighna Illahi an kullima siwahu
Ertinya: Terkaya Allah daripada tiap-tiap barang yang lain daripadanya
Kedua: lftiqar Kulima Adahullaihi
Ertinya: Berkehendak oleh tiap-tiap barang yang lain daripadanya kepadanya.
Sifat Istighna dan Iftiqar
Istiqhna: Ertinya terkaya Allah Taala daripada sekalian barang yang lain daripadanya, iaitu tiada berkehendak ia kepada sesuatu, maka tiada berkehendak Allah kepada barang yang menjadikannya dan tiada berkehendak ia kepada tempat berdiri bagi zatnya.
Istiqar: Ertinya berkehendak oleh sekalian mungkin itu kepada Allah pada menjadi dan menentu akan mereka itu dengan perkara-perkara yang harus.
Sifat-sifat Istighna
Sifat-sifat yang terkandung dalam sifat istiqna di panggil sifat-sifat Istighna itu ialah sebelas sifat, iaitu Ujud, Qidam, Baqa, Muqalafatuhu lilhawadis, Qiamuhu binafsihi, Sama, Basar, Kalam, Qaunuhu samian, Qaunuhu basyiran, Qaunuhu mutakalliman.
Sifat-sifat Iftiqar
Sifat-sifat yang terkandung didalam sifat iftiqar dan di panggil sifat iftiqar itu ialah sembilan sifat iaitu Wahdaniyah, Qudrah, Iradah, Ilmu, Hayah, Qaunuhu qadiran, Qaunuhu muridan, Qaunuhu hayyan.
Diambil daripada Istighna itu.
Pertama :
Maha suci Allah swt daripada Gharadh .
Iaitu pada sekalian perbuatannya dan hukumnya.
Kedua :
Tiada wajib Tuhan memperbuatkan sesuatu atau meninggalkannnya.
Diambil daripada Iftiqar itu:
Pertama:
Baharu sekalian alam ini.
Kedua :
tiada memberi bekas oleh sesuatu daripada makhluk.
Kedua : Beriman dengan malaikat
Beriman dengan malaikat ialah salah satu dari Rukun Iman di dalam Islam. Ia termasuk ke dalam perkara qhaib. Ini kerana ia tidak dapat di saksi dengan pancaindera.
Malaikat terdiri dari jisim-jisim halus yang dijadikan dari Nur, mereka tidak makan minum dan mereka adalah hamba Allah yang mulia. Tidak pernah menderhakai Allah dalam segala yang diperintahkan dan selalu melakukan perintah Allah. Sabda Nabi saw.
Ertinya : Malaikat di ciptakan dari Nur dan jin di ciptakan dari nayala Api, dan Adam diciptakan dari apa yang di sifatkan bagi kamu.
Firman Allah
Mafhumnya : (para malaikat itu) tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan mengerjakan apa yang di perintahkan.
(At-tahriim ayat 6)
Tugas-Tugas Malaikat.
Bagi umat Islam yang mukallaf itu wajib mengetahui 10 malaikat 1. Jibrail A.S = Ditugaskan untuk menyampaikan wahyu Kepada Nabi-Nabi 2. Mikail A.S = Ditugaskan memberi rezeki 3. Israfil A.S = Ditugaskan meniup terompit (sangkakala) pada hari pembalasan 4. Izarail A.S = Ditugaskan mencabut nyawa seluruh makhluk 5. Mungkar A.S = Ditugaskan menyoal orang didalam kubur 6) Nakir A.S = Bertugas menyiksa orang didalam kubur
7) Ridzuab A.S = Bertugas sebagai penjaga syurga
8) Malik A.S = Bertugas sebagai penjaga neraka
9. Raqib A.S = Bertugas mencatat semua perbuatan baik dari semua makhluk
10. Atiq A.S = Bertugas mencatat semua perbuatan jahat (buruk) dari semua makhluk
Ketiga : Beriman dengan Kitab-Kitab Allah
Iaitu mempercayai kitab-kitab dah suhuf Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul seperti :-
Suhuf = Nabi Adam
Suhuf = Nabi Noh
Suhuf = Nabi Idris
Suhuf = Nabi Ibrahim
Taurat = Nabi Musa A.S
Injil = Nabi Isa A.S
Zabur = Nabi Daud A.S
Al-Quran = Nabi Muhammad S.A.W
Kempat : Beriman dengan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
1. Nabi
Ialah sesorang manusia lelaki yang merdeka dah diwahyukan Allah kepadanya sesuatu syariat serta tidak suruh menyampaikan kepada umatnya.
2. Rasul
Ialah sesorang manusia lelaki yang merdeka serta diwahyukan Allah kepadanya sesuatu syariat dan disuruh menyampaikan kepada umatnya.
Bilangan Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Ulama berbeza pendapat bilangan nabi-nabi yang ada menyatakan seratus dua puluh empat ribu orang atau dua ratus empat puluh ribu orang.
Sedangkan rasul-rasul tiga ratus tiga belas orang. Didalam Al-Quran di sebut 25 orang sahaja iaitu Adam, Idris, Noh, Hud, Soleh, Ibrahim, Luth, Ishaq, Ismail, Yaakub, Yusuf, Ayub, Shuib, Harun, Musa, Ilyasa, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilias, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW.
Ulul Azmi :
Yang dimaksudkan dengan Ulul Azmi di sini ialah mereka yang mempunyai kesabaran banyak dalam menempuh kepayahan di dalam melaksanakan tugas kerasulannya.
Terdapat lima Rasul yang mendapat gelaran tersebut iaitu :
Nabi Muhammad SAW
Nabi Isa A.S
Nabi Musa A.S
Nabi Ibrahim A.S
Nabi Noh A.S
Sifat-sifat yang wajib bagi Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Sifat wajib ada empat
1. Sidiq = ertinya benar
2. Amanah = ertinya kepercayaan
3. Tabliqh = ertinya menyampaikan
4. Fathanah = ertinya Bijaksana
Sifat-sifat Mustahil bagi Rasul-rasul
Sifat mustahil ada empat
1. Kazib ertinya Dusta
2. Khianah ertinya Mengkianati
3. Khataman ertinya menyembunyikan
4. Baladah ertinya Bodoh
Sifat Harus bagi Rasul-rasul
Sifat Harus bagi rasul iaitu berperangan dengan perangai manusia yang tidak membawa kekurangan pada kedudukannya seperti berkahwin, makan, minum, sakit yang tidak cacat seperti buta, sopak, dan kusta.
Pekerjaan Rasul-rasul
Orang yang menerima wahyu dari Allah disebut Nabi, sedangkan Nabi yang disuruh Allah menyampaikan wahyu itu dalam bentuk syariat disebut Rasulullah. Oleh sebab itu sesorang rasulullah adalah nabi, tetapi sesorang nabi belum tentu menjadi rasul.
Antara pekerjaan Rasul-rasul ialah
· Memperkenalkan Allah yang maha Esa yang penuh berkuasa diatas segala makluknya.
· Menyampaikan segala hukum dan undang-undang Allah yang wajib di patuhi dan segala larangan mesti dijauhi.
· Wajib menyampaikan perintah dengan segala bijaksana dan penuh keyakinan.
Kelima : Beriman dengan Hari Qiamat
Iaitu setiap orang muslim mempercayai bahawa suatu hari nanti, semua makhluk dimuka bumi ini, akan mati (binasa) kemudian aku di bangkitkan semula, serta di perkirakan segala amalan walaupun sebesar zarah-zarah.
Syurga dan Neraka
Wajib mempercayai adanya syurga dan neraka. Iaitu tempat pembalasan pekerjaan semasa hidup di dunia.
Bagi amalan baik akan di beri nikmat iaitu di masuk ke dalam syurga, sedangkan amalan yang jahat atau janji akan di azab di dalam neraka. Manakala orang-orang mati di dalam kufur (kafir) kekal di dalam neraka.
Keadilan Tuhan
Diantara keadilan Allah swt kepada hambanya ialah :
· Menghidupkan kembali pada hari qiamat untuk di timbang dan dihitung segala amalannya
· Menciptakan manusia seelok-elok kajadian dan di sertai dengan akal fikiran.
· Allah tidak memandang rupa paras, tetapi memandang sikap dan amalan sesorang serta niatnya.
Keenam : Beriman dengan Qadha dan Qadarnya
Percaya kepada qadha dan qadar Allah swt ialah mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan Allah swt 7.
Firman Allah:
Mafhumnya : Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang di kehendaki Allah.
(Al-lnsan. 30)
1. Usaha dan Ikhtiar
Manusia di wajibkan berikhtiar untuk mencapai apa-apa yang dicita-citakan. Sekalian kita telah beriman dengan seyakin-yakinnya akan segala ketentuan (kepastian) itu datang dari Allah swt samada baik atau buruknya.
Oleh itu wajib bagi kita berikhtiar dengan bersungguh-sungguh agar terlepas dari ketentuan yang buruk serta mendapat ketentuan yang baik. Tegasnya disini orang mukmin wajib berusaha dengan giat agar tidak menjadi melarat, sebaliknya dapat hidup selayaknya seperti berusaha menimbul ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh agar mencapai kemajuan dan kualiti hidup dan tidak perlu bergantung kepada orang lain.
Allah berfirman
Mafhumnya : Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang baik dari segala apa yang telah mereka kerjakan . (An-Nahl 97)
2. Takut dan Harap
Beriman kepada qadar itu hendaklah mrenjadikan seseorang itu bersifat takut kepada Allah serta berharap akan mendapat rahmat dan keredhoaannya didalam semua kelakuan hidupnya.
3. Lain-lain Perkara Ghaib Yang Wajib Diimani
Israk : Iaitu di jalankan Nabi Muhammad SAW daripada Mekah ke Baitul Maqdis pada malam dengan menunggang Burak.
Mijraj : Iaitu dinaikkan Nabi Muhammad SAW dari Baitul Maqdis kelangit pada malam itu juga.
Mazhad Sunnah
Golongan Ahlussunnah ini timbul pada akhir kurun ketiga hijrah diketui oleh dua orang ulama besar dalam llmu Ushuluddin iaitu Syeikh Abu Hasan Al-Ashari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi .
Iktiqad Ahlussunnah menyatakan bahawa manusialah yang mengadakan perbuatan sendiri dan Allah yang menjadikannya, tetapi bagi manusia terdapat usaha dan iktiar .
Perbezaan Mukjizat, Karamah dan Sihir
Mukjizat
Mukjizat berasal dari perkataan Arab iaitu yang bermaksud lemah . dari sudut bahasa ia membawa maksud dan erti Yang melemahkan
Menurut pengertian istilah, Mukjizat ialah sesuatu luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun.
Dengan demikian (kemukjizatan) adalah menetapkan kelemahan. Kelemahan menurut pengertian umum ialah ketidakmampuan mengerjakan sesuatu.
Karamah
Karamah ialah perkara-perkara yang menyalahi adat yang berlaku pada seseorang wali atau hamba Allah yang soleh
Sihir
Sihir secara bahasa bererti sesuatu yang halus dan lembut sebabnya. Disebut sihir kerana ia terjadi dengan perkara yang tersembunyi yang tidak di jangkau oleh penglihatan manusia.
Sedangkan menurut syariat adalah azimah, Ruqyah, Buhulan (tali), ucapan, ubat-ubatan dan asap. Sihir memiliki hakikat. Diantaranya ada yang mempengaruhi jiwa dan badan, sehingga membuat orang sakit, membunuh, memisahkan antara suami dengan isterinya dan semua itu terjadi dengan taqdir kauniyah Allah. Ia adalah perbuatan syaitan.
Dan sebahagian besar dari padanya tidak dapat diperolehi kecuali malelaui syirik dan mendekatkan diri kepada ruh-ruh jahat dengan sesuatu yang disenanginya, serta mendapatkan khidmah (pelayannya) dengan menyekutukanya kepada Allah. Kerana itu pembawa Syariat menyebutkan bersama dengan syirik .
Nabi s.a.w bersabda,
Jauhilah tujuh perkara yang membawa kepada kehancuran. Para sahabat bertanya, Apakah ketujuh perkara itu,wahai Rasullah? Beliau menjawab, Yaitu syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan agama, memakan riba, memakan harta anak yatim, membelot dalam peperangan dan melontarkan tuduhan zina terhadap wanita-wanita mukminah yang terjaga dari perbuatan dosa dan tidak tahu menahu tentangnya.
Iman itu bahawa percaya engkau dengan Allah dan malaikat-malaikatnya dan kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya dan hari kemudian dan engkau percaya dengan baik jahatnya.
A : Rukun-Rukun Iman
1. Pengertian Iman
Ertinya ialah membenarkan dengan hati dan berikrar dengan hiasan serta beramal dengan ajaran Allah swt yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Rukun iman itu enam perkara.
Pertama : Beriman kepada Allah
Kedua : Beriman dengan Malaikat- Malaikatnya
Ketiga : Beriman dengan Kitab-Kitabnya
Keempat : Beriman dengan Rasul-Rasulnya
Kelima : Beriman dengan Hari Kiamat
Keenam : Beriman bahawa (qadar) baik dan (qadar) jahat itu ialah dengan ke hendak dan ketetapan daripada Al lah (qadar) ialah kebahagiaan atau kecelakaan yang dijanjikan oleh Al lah pada azali.
Pertama : Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah itu ialah mengaku dengan lidah serta yakin didalam hati bahawa : Ada Tuhan yang sebenar yang telah menjadikan sekalian alam ini. Ialah Tuhan yang telah menjadikan langit, bumi, matahari, bulan, bintang, gunung/bukit, manusia, binatang, pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan sekelian kejadian-kejadian yang lain.
Tuhan yang sebenar itu tidak disebabkan oleh sesuatu sebab, tidak ada yang menjadikannya, bersifat dengan sifat kesempurnaan, maha suci daripada segala kekurangan. Dialah Allah, Tuhan yang menjadikan sekelian makhluk dan Tuhan yang layak dan patut disembah.
Sifat-Sifat Yang Wajib Bagi Allah
Wajib diatas tiap-tiap mukallaf percaya bahawa bagi Allah beberapa sifat kesempurnaan yang tiada terhingga akan banyaknya.
Maka wajib diketahui dengan tafsil ialah dua puluh sifat yang wajib dan dua puluh yang mustahil dan satu sifat yang harus.
Adapun Sifat-Sifat Yang Wajib Bagi Allah Itu ialah:
Satu sifat Nafsiah iaitu:
1. Wujud
b. Lima sifat Salbiah
1. Qidam
2. Baqa
3. Mukhalafatuhulilhawadith
4. Qiamuhu Taala Binafsih
5. Wahdaniah
c. Tujuh sifat Maani
1. Qudrah
2. Iradah
3. Ilmu
4. Hayat
5. Sama
6. Basar
7. Kalam
d. Tujuh sifat Manawiyah
1. Kaunuhu Qadiran
2. Kaunuhu Muridan
3. Kaunuhu Aliman
4. Kaunuhu Hayan
5. Kaunuhu Samian
6. Kaunuhu Basiron
7. Kaunuhu Mutakalliman
3. Erti Sifat-Sifat Yang Wajib Bagi Allah dan Lawanannya.
1. Ujud
Ertinya ada.
Lawannya tiada
Maka wajib kita percaya akan adanya tuhan yang sebenar yang menjadikan alam ini dan alam itulah menjadi tanda ada Tuhan yang menjadikannya. Mustahil ada alam dengan tidak ada yang menjadikannya.
2. Qidam
Ertinya sedia wujud.
Lawannya baharu
Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu sedia iaitu tidak ada permulaan bagi adanya.
3. Baqo
Ertinya kekal.
Lawannya binasa
Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu kekal iaitu tidak ada kesudahan bagi adanya.
4. Mukhalafatuhu Lilhawadith
Ertinya menyalahi Allah Taala bagi sekalian yang baharu.
Lawannya bersamaannya bagi sekalian yang baharu
Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu kekal dan tiada sesuatu yang menyeru painya pada zat, sifat dan perbuatan.
5. Qiamuhu Taala Binafsih
Ertinya berdiri Allah Taala dengan
sendir inya.
Lawannya Qiamuhu Taala Bighairihi
yang bererti berdiri Allah Taala dengan yang lain.
Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu tidak berkehendak kepada sesuatu yang menjadikan dan tidak berkehendak ia kepada tempat.
6. Wahdaniah
Ertinya esa dan tunggal.
Lawannya Taaddad bermaksud berbilang bilang.
Maka wajib kita percaya kerana Allah itu esa pada zat, sifat dan perbuatannya.
7. Qudroh
Ertinya berkuasa.
Lawannya ajzu yang bererti lemah. Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu berkuasa dalam melakukan apa saja ke mungkinan dan menyangkalnya.
8. Iradad
Ertinya berkehendak yakni menentu kannya.
Lawannya karahah yang bererti benci yakni tidak menentukan.
Maka wajib percaya bahawa Allah adalah penentu bagi segalanya.
9. Ilmu
Ertinya mengetahui
lawannya jahil Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu maha mengetahui segala sesuatu tanpa batasan.
10. Hayat
Ertinya hidup .
Lawannya maut atau mati Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu hidup dan hidupnya tidak dengan roh dan tidak akan mati.
11. Samak
Ertinya mendengar.
Lawannya al som ertinya pekak. Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu mendengar segala sesuatu.
12. Basyar
Ertinya melihat.
Lawannya al umyun yang bererti buta.
Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu melihat segala sesuatu.
13. Kalam
Ertinya berkata-kata.
Lawannya al Bukmu ( yang bererti kelu. Maka wajib kita percaya bahawa Allah itu berkata-kata tetapi tidak menyerupai mana- mana makhluk.
14. Kaunuhu Qadiran
Ertinya keadaannya yang berkuasa,
lawannya Kaunuhu Ajizan yang bererti keadaan yang lemah.
15. Kaunuhu Muridan
Ertinya keadannya yang berkehendak yakni yang menentukan,
Lawannya Kaunuhu Karihan ertinya keadaannya yang benci yakni tidak menentukan.
16. Kaunuhu Aliman
Ertinya keadaannya yang mengetahui,
lawannya Kaunuhu Jahilan yang bererti keadaan yang tidak mengetahui.
17. Kaunuhu Hayyan
Ertinya keadaannya yang hidup,
lawannya Kaunuhu Mayyitan yang bererti keadaannya yang mati.
18. Kaunuhu Samian
Ertinya keadaannya yang mendengar,
lawannya Kaunuhu Asumma
yang bererti keadaannya yang tuli.
19. Kaunuhu Basyiran
Ertinya keadaannya yang melihat
lawannya Kaunuhu Ama
yang bererti keadaan yang buta.
20. Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya keadaannya yang berkata-kata,
lawannya Kaunuhu Abkamun yang bererti keadaannya yang kelu.
Hukum dari sudut bahasa (menurutdisiplin Usul Fiqh) bermaksud menghubungkan sesuatu perkara dengan suatu perkara yang lain sama ada berupa penetapan (istbat) atau penafian.
2. Bahagian-bahagian hukum
Hukum terbahagi kepada tiga bahagian :-
Hukum Aqal
Hukum Syarak
Hukum Adat
i) Hukum Aqal :-
lalah hukum yang di tentukan oleh wajib, mustahil dan harus
ii) Hukum Syarak :-
Menurut bahasa : Sesuatu yang menunjukkan hal-hal yang dapat ditanggab secara indrawi atau ditanggab secara manawi.
Menurut istilah : Sesuatu yang dipergunakan sebagai petunjuk pandangan yang sihat untuk menetapkan hukum syara tentang amal perbuatan mukallaf secara qathi (pasti) atau zhanni (dugaan keras)
Sedangkan hukum menurut istilah ushul adalah:
Firman perbuat syara yang berhubung dengan perbuatan orang-orang mukallaf, baik berupa tuntutan (perintah dan larangan), pilihan atau wadliy (menjadikan sesuatu sebagai sebab adanya yang lain, syarat dan mani(penghalang) bagi sesuatu hukum)
iii) Hukum Adat :-
Iaitu segala sesuatu yang boleh dijalankan orang pada umumnya samaada perbuatan atau pun perkataan
Sabda Nabi S.A.W:
Apa yang dianggap baik oleh orang-orang lslam, maka hal itu baik pula di sisi Allah
Huraian :
Hal ini menunjukkan bahawa segala adat kebiasaan yang dianggap baik oleh umat Islam adalah baik menurut Allah, kerana apabila tidak melaksanakan kebiasaan tadi, maka akan menimbulkan kesulitan.
B : Bahagian-bahagian Hukum Akal.
Hukum akal terbahagi kepada tiga bahagian :
Pertama : Wajib
Kedua : Mustahil
Ketiga: Harus
1. Wajib pada Akal.
Sesuatu barang (perkara) yang tidak dapat di terima akan tiadanya pada akal, seperti wajib ada tuhan yang menjadikan alam ini.
2. Mustahil pada Akal.
Sesuatu barang (perkara) yang tidak dapat di terima akan tiadanya pada akal,seperti mustahil tiada tuhan yang menjadikan alam ini.
3. Harus pada Akal.
Barang yang di terima oleh akal ada dan tiadanya, seperti harus mengikut akhlak rasul-rasul.
Bahagian-bahagian Hukum Syarak.
Hukum syarak itu terbahagi kepada lima bahagian .
1. Wajib
laitu sesuatu yang diberi pahala apabila mengerjakannya dan mendapat dosa apabila meninggalkannya, seperti solat fardhu.
2. Sunat
Setiap perbuatan diberi pahala apabila dikerjakannya dan yang meninggalkannya tidak di siksa, seperti bersedekah atau menderma.
3. Harus
Iaitu tidak diberi pahala bila mengerjakannnya dan tidak berdosa bila meningggalkannya seperti makan dan minum.
4. Makroh
Iaitu diberi pahala kerana meninggalkannya dan tidak di siksa (berdosa) pada mengerjakannya seperti makan benda-benda yang membawa busuk mulut (Barang yang belum di masak seperti bawang, jering dan petai)
5. Haram
Iaitu diberi pahala bila meninggalkannya dan diberi dosa apabila mengerjakannya seperti minum arak dan berjudi.
Bahagian-bahagian Hukum Adat
Ia terbahagi kepada beberapa bahagian :
1. Terjadinya (adanya) sebab dan musabab
Contoh : akan kenyang bila ada makan
2. Tidak akan terjadi bila tidak ada sebab dan musabab
Contoh : Tidak kenyang apabila tidak makan
3. Tidak ada sesuatu perkara dengan tiada sesuatu perkara yang lain.
Contoh : menetapkan lapar dengan tiada kenyang
4. Adanya sesuatu perkara dan ada perkara yang lain.
Contoh : Tiada lapar dengan ada makanan
Huraian
Berkemungkinan perkara-perkara diatas itu ada yang salah. Ini kerana, makan ada yang tidak kenyang dan makan tetapi kenyang. Ini adalah menjadi biasa pada adatnya terjadi pada manusia apabila makan, akan kenyang.
Bahagian-bahagian Hukum Wadlie
Hukum wadlie itu ialah perkara-perkara yang berhubung dengan bahagian-bahagian hukum syarak. Oleh itu tiap-tiap satu hukum-hukum wadlie itu tergantung dengan tiap-tiap satu daripada bahagian hukum syarak itu, ia terbahagi kepada lima bahagian.
1. Sebab
Sebab ialah sesuatu yang dijadikan pokok pangkal bagi adanya masabab (hukum). Ertinya dengan adanya sebab terwujudlah musabbab (hukum) dan dengan tiadanya sebab, tiadalah hukum.
Syarat ialah sesuatu yang tergantung kepada adanya masyrut dan dengan tidak adanya, maka tidak ada masyrut. Dengan erti bahawa syarat itu tidak masuk hakikat masyrut. Oleh kerana itu, tidaklah mesti dengan adanya syarat itu ada masyrut.
Contoh : Perkahwinan adalah syarat bagi membolehkan menjatuhkan talak, dengan erti, dengan tidak adanya perkahwinan tidak ada hak menjatuhkan talak, akan tetapi dengan adanya perkahwinan tidak mesti ada talak.
3. Mani (penghalang)
Ialah sesuatu yang kerana adanya tidak ada hukum atau membatalkan sebab hukum
Contoh : Haid itu jadi mani bagi wajib solat
Al-mani (halangan) ialah urusan syara yang meniadakan tujuan yang dimaksudkan dari sebab atau hukum3.
4. Sohih (sah)
Pengertian sah menurut syarak ialah bahawa perbuatan itu mempunyai akibat hukum
Contoh : Untuk sembahyang maka wajib ada air sembahyang dan ia terlepas dari tanggungjawab serta berhak mendapat pahala di akhirat.
5. Batal
Pegertian batal ialah sesuatu perbuatan-perbuatan itu tidak mempunyai akibat hukum mengerjakan
Contoh : Ketika seseorang itu solat, tiba-tiba keluar sesuatu antara dua jalan iaitu qubul dan dubur maka batal lah solatnya dan ia tidak terlepas daripada hukum.
Bahagian Mukallaf
1. Pengertian Mukallaf
Ialah sesorang yang dipertanggungjawab ke atasnya akan hukum-hukum dan perintah agama. Apabila seseorang itu berakal, baliqh (cukup umur), sampai seruan dakwah dan sempurna Hawas (pancaindera)
2. Berakal
Orang yang berakal itu ialah tidak hilang akalnya seperti gilaatau sebaliknya
3. Baliqh
Lelaki : Menurut pendapat Al-Syafii ialah sesorang yang mencapai umur lima belastahunataukeluarairmani
dengan mimpi.
Perempuan : Ketika umur sembilan tahun atau datang haid.
4. SampaiSeruan Islam
Iaitu sampai seruan Islam (dakwah) bagi orang yang baru masuk Islam. Sedangkan orang yang berketurunan Islam di perkirakan mukallaf.
5. Sempurna Hawas
Iaitu ketiadaan cacat pendengaran dan penglihatannya.
Bahagian Ijtihad dan Mujtahid
1: Pengertian Ijtihad
Menurut Al-Syaukani, ijtihad ialah mengarahkan segenap kemampuan dalam mendapatkan hukum syarak yang praktis dengan menggunakan metode istimbath :
Sedangkan menurut Ibn Hazm ialah
Ijtihad dalam syariat ialah pencurahan kemampuan dalam mendapatkan hukum suatu kasus di mana hukum itu dapat di perolehi.
2: Imam-Imam Mujtahid
Diantara Imam-imam mujtahid ialah :-
i : Ahli Fekah
1.Imam Al-Syafie
2. Imam Hanafi
3. Imam Maliki
4. Imam Hambali
ii : Ahli Tauhid
1.Imam Abu Hassan Assyaari
2.Imam Abu Mansur Al-Maturidi
iii : Ahli Akhlak dan Tasauf
1. Imam Al-Khusairi
2. Imam Junaid Al-Baghdadi
3. Imam Abdul Wahab Assyarani
4. Imam Al-Ghazali
iv : Ahli Sufi
1. Auliya Al-Madudi Sultan Auliya Syed Sheikh Mahyuddin Abdul Qadir Jailani